Tips/Tutorial

TIPS "MASA"

Hai kwn2...nak cerita sikit malam ni sebagai mukadimah tentang tips "masa".. 
Beberapa sahabat Erna pernah cakap macam ni " Rajinnya ko Erna buat kraf macam ni, dengan jaga anak kecil lagi"
Ayat ni selalu terngiang2 di telinga , ligat berputar2 di minda. Ini penjelasannya...
Ada beberapa perkara yang mendesak untuk Erna buat benda kraf ni. Bermula dari tahun lepas, Erna suda melatih diri untuk keluar dari zon selesa.
Menjawab kepada kata2 sahabat tadi, bukan rajin jadi kuncinya sebab Erna bukan seorang yang rajin dari kecil.hihi.
Jawapan yang tepat adalah "Masa"

1.Urus masa dengan baik. Lakukan beperingkat.Kalau dulu bujang bangun pukul 10 pagi, sekarang anjakan ke pukul 7@8.

2. Curi masa.. Layan watsapp, telegram , facebook, instagram...pada waktu singkat. Elakkan memanjang dengan benda macam ni.

3. Blok masa. Pecahkan hari kita dengan blok masa. Katakan pagi kita buat kerja yang penting. Tengahari kita buat kerja yang agak santai. Contoh rutin Erna, blok pagi digunakan sepenuhnya untuk mandikan anak, bagi anak makan kenyang2,main sekejap dengan anak. Blok tengahari, selepas semua urusan anak selesai, Erna akan mula buat tempahan orang. Petang, rehat sekejap sambil tidurkan anak. Sebelum magrib, berhenti buat tempahan, switch balik buat  kerja rumah.

4. Atasi gangguan masa dengan sebaiknya. Ingat! Jangan banyak buang masa dengan watsapp, telegram , facebook tanpa mendatangkan faedah. 

Sesungguhnya Allah telah berjanji dengan "masa"..Semoga memberi manfaat kepada semua. 

Selamat Malam , Mimpi indah
EFH, 22.01.2015

___________________________________________________________


TUTORIAL “MARI WARNAKAN DOILY PAPER”

Assalammualaikum dan Selamat Pagi...

Hari ini nak ajar korang macam mana nak warnakan doily paper... tutorial ni memang bersepah kat internet..hihi...tapi nak ajar juga macam mana warnakan doily versi Erna...

Bahan2 yang diperlukan

1.Doily Paper
2. Pewarna Makanan
3. Besen kecil @ mangkuk
4. Kain Kering/Towel (2 helai)
5. Tweezer (pilihan)



Cara-cara:

1.Campurkan pewarna makanan dengan air siap2. Kat sini, Erna da simpan siap2 kat botol kosong pewarna makanan tadi. Lepas tu masukkan air dan shake shake shake....supaya sebatian warna rata.

(Tips: Simpan dalam botol memudahkan kita untuk top up pewarna. Tidak payah la nak isi pewarna pastu letak air setiap kali nak top up pewarna dlm besen kan?? )

2.Tuang sebatian warna ke dalam besen kecil kemudian celupkan (dip, immerse) doily paper, biarkan beberapa minit untuk doily paper menyerap pewarna tadi.

(Tips: Tidak semua doily paper menyerap. So kepada yang baru nak mencuba tutorial ni, beli 1pek doily paper dulu, kalu confirm menyerap, baru beli lagi..kalau tidak, nnti mmbazir..unless kita ok nak guna doily paper putih.. Ada doily paper yang lambat menyerap dan ada juga yang tidak menyerap langsung...)

3.Angkat doily paper dengan tweezer selembut2, secermat2 yang mungkin untuk mengelakkan doily paper daripada koyak atau rosak.


(Tips: Selain tweezer, kita blh guna sudu..Cuma tangan akan messy .)

4.Letakkan doily paper tadi di atas tuala kering dan tekap perlahan2. TEKAP ye!! Bukan lap...Tapi TEKAP.Tekap maksudnya himpit doily paper dengan kain kering.

(Tips: JANGAN LAP...nanti doily paper korang rosak sebab keadaaan doily sangat lembut. Dah kertas kena air kan?)

5.Pindahkn doily ke tempat kering. Yang ni Erna cari kotak lama atau kotak tidak digunakan, alter kemudian susun doily paper yang basah tadi..Biarkan sehingga kering ...Wallah...da siap..


*Perlu diingat, doily paper berwarna ni tidak boleh kena air tau. Nanti warna tadi akan luntur.


Jom Tengok Gambar ...
google
Bahan2 


google
Proses rendaman doily paper


google
Proses tekap doily paper dengan kain kering
google
Proses pengeringan doily paper
Buat benda ni memang agak messy tapi bila da siap, mmg puas hati...

Selamat Mencuba
EFH, 19.01.2015
___________________________________________________________

TIPS "KEMAS"..

1. Gam doily paper dengan "glue sticks"..untuk nampak kemas. 



2. Untuk paper bag vbased (dikenali jg dgn xde tapak), boleh tambah kertas manila atau apa shja jns kertas keras kat tapak. Kesannya, paper bag akan nampak sturdy n kemas. 

3. Bagi yg bkerja dgn gam, sediakn kain lembab untuk lap tgn yg bgam td.. (kalu setakat gam 1 piece kertas, xpyhla.) ni tips utk buat kerja gam2 kertas yg banyak.. sisa2 gam akan buat kerja kita npk comot kalu tidak dibersihkn. Nanti hasil tidak kemas.
EFH, 08.01.2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuff